Want your
own Fotopage?










 
Syakir Zainol a.k.a Abu Nafisa
abu nafisa4.jpg
By: Syakir Zainol

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Thursday, 15-May-2008 00:56 Email | Share | | Bookmark
All-Bentong Cameron Highland Trip 2008

Cameron Highland Trip

Pada 9-11 May yang lepas, buat pertama kali nya saya dan sekutu2 rapat zaman sekolah telah berjaya mengadakan trip berkumpulan bersama keluarga ke Cameron Highland. Trip kali ini disertai oleh seramai 4 keluarga, walaupun perancangan asal saya peruntukkan untuk sekurang2nya 7 keluarga tetapi akibat sebab2 tertentu ada kawan2 yg lain tidak dapat turut serta kerana masing2 ada urusan tertentu.

Trip ini saya khususkan untuk sekutu2 saya yang berasal dari Bentong, Pahang. Masing2 telah berkeluarga dan memiliki anak, yang mana tambah memeriahkan lagi perjalanan dan aktiviti kami.

Yang turut serta pada trip kali ini ialah saya sendiri, Khairul Azmi & keluarga, Muhd Idzwan & keluarga (http://www.tintacreative.com), dan Mohd Nazif & keluarga. Diharapkan pada trip2 yg bakal dirancang akan menyaksikan penyertaan lebih ramai dari kawan2 (jangan lupa kawan!).

p/s: saya ingin kreditkan beberapa keping foto di sini kepada Idzwan & Uda! (kalau tak tade sapa nak ambil gambar aku )

Penginapan

Penginapan kali ini ditaja oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Oleh kerana isteri saya kakitangan DBKL maka beliau layak memohon untuk menyewa banglo penginapan DBKL di Tanah Rata, Cameron Highland dengan hanya bayaran rm40 untuk 3 hari dan 2 malam. Banglo ini memang besar dan selesa. Memiliki 8 bilik, telah diubahsuai dan lengkap dengan segala macam kemudahan. Ada 2 bilik VIP, 2 bilik dengan 1 queen size bed + 1 single bed, 2 bilik dengan 2 single bed, dan 1 bilik dengan 1 single bed. Lengkap dengan astro, kelengkapan dapur untuk memasak, peti ais, oven, microwave oven, 2 meja makan besar, set sofa dan bermacam2 lagi. Hanya yang tiada ialah mesin basuh. Tambah menyeronokkan ialah kemudahan2 riadah seperti taman permainan kanak2 dan medan BBQ! Memang diluar jangkaan saya kerana pada mulanya saya menjangkakan ianya hanya sebuah banglo yang usang dan berhantu.

Perjalanan

Ini ialah kali pertama saya ke Cameron Highland sejak kali terakhir saya ke sana iaitu selepas habis menduduki PMR pada tahun 1993! Kali ini, saya telah mencuba jalan baru dari Simpang Pulai. Cantik jalan nya, agak lebar dan kurang berliku berbanding dengan jalan dari Tapah.


foto by Uda

Kepada mereka yang “kalah” dengan jalan ular kena palu saya cadangkan supaya mencuba jalan ini. Sewaktu balik, baru saya melalui jalan ke Tapah, kerana walaupun jalannya agak sempit dan berliku tetapi pemandangan semulajadi di situ lebih menarik.

Hari Pertama (Jumaat)

Kami tiba di Berinchang lebih kurang jam 2 petang. Keluar sahaja dari kereta sudah mula terasa kedinginan Cameron Highland (walaupun harus saya akui ianya tidak lagi sedingin dulu). Yang pertama tiba ialah saya dan Idzwan, kawan2 lain lewat sedikit. Kami berhenti makan dan terus check-in di banglo. Kami berehat terlebih dahulu sambil melayan kerenah anak2 bermain di playground.

Petang sedikit kami ronda2 pekan tanah rata, dan kemudiannya ke pasar malam di Berinchang. Ketika di pasar malam, Nazif dan family sampai. Lebih kurang waktu maghrib, Khairul Azmi dan family pula tiba mencukupkan “korum” kami. Sekali lagi kami ke Berinchang untuk makan malam dan membeli belah.













Hari Kedua (Sabtu)

Untuk trip kali ini, saya serahkan kerja2 merancang aktiviti kepada Khairul Azmi kerana beliau agak mahir di Cameron Highland. Jadi, pagi Sabtu kami ke ladang the Boh di Habu. Perjalanan ke sini memang menarik kerana kami berpeluang melihat banyak kebun sayur sepanjang pendakian kereta ke ladang the tersebut. Teringin sangat nak melihat pokok teh depan mata!


foto by Idzwan

Di ladang ini, ada sebuah kilang yg boleh dilawati, sebuah cafeteria dan pusat jualan the Boh. Matlamat utama kami ialah mendaki ladang itu hingga ke puncak kerana khabarnya di puncak pemandangannya sangat menarik. Memang pancit memenatkan tapi puas hati rasanya bila tiba di puncak.







Lama juga kami lepak2 di atas tu sambil berehat2 menikmati udara segar dan bergambar sakan. Idzwan dan isteri pula sibuk menguji kemera baru Nikon D300 nya (nantikan ulasan saya mengenai Nikon D300 & Canon 40D di http://syakirzainol.blogspot.com).





Dah turun memang semua orang rasa dahaga (nasib baik lah cuacanya sejuk kalu tak tentu dah berpeluh2) lalu kami minum2 di café. Dapat jugak merasa the yang tidak dijual di pasaran tempatan tapi hanya dieksport ke luar negara. Sedap!









Setengah hari kami di Ladang The Boh, kami kembali ke banglo untuk berehat dan makan tengahari. Oleh kerana di banglo ada medan BBQ, kami tak melepaskan kesempatan untuk merancang acara BBQ. Tambahan pula saudara Khairul Azmi memang pakar kami dalam acara sate & BBQ kerana bapa nya memang terkenal di Bentong dengan perniagaan sate nya (untuk tempahan sila hubungi Khairul Azmi di 016-3962007).

Waktu tengahari Azmi dan Nazif ke pasar untuk membeli bahan2 mentah. Kami makan tengahari di banglo, masak sendiri! Memang meriah, rugi pada kawan2 yang tak pergi!

Petang nya pula kami ke taman agro di Berinchang. Di situ kami berpeluang menyaksikan kaedah terbaru dlm penanaman sayuran2 menggunakan kaedah hidroponik. Kami juga berpeluang merasa makanan2 bertemakan strawberri. Sedap.







Waktu malam, BBQ time! Memang sedap resepi BBQ Azmi, rugi tak rasa. Seronok melayan bakar ayam malam2 yg dingin ni.



Hari Ketiga (Ahad)

Hari terakhir kami di sini, kemeriahan sudah tiba ke penghujungnya. Namun begitu sebelum kami balik kami ke Berinchang untuk shopping. Di sini barang2an seperti sayur2an, madu, buah2an memang murah. Ramai sungguh orang di sini sehinggakan kami terpaksa parking di lereng2 bukit tepi jalan raya.



Shopping sakan kami di sini. Sayur2an memang murah. Banyak juga kami borong. Saya tak lupa beli madu di sini. Sedap rasanya Royal Honey, wangi baunya. Saya perhatikan harga di sini lebih murah berbanding tempat2 lain. Mungkin pasal tu ramai orang agak nya.



Penutup

Akhirnya trip kami di sini berakhir juga. Sedih rasa nya, saya suka iklim di Cameron ni. Cuaca dingin menjadikan saya lebih produktif . Tak mengapa, tahun depan kami datang lagi ya!



Perancangan kami selepas ni ialah All-Bentong trip ke destinasi2 seperti Langkawi & Penang. Nantikan, pada kawan2 yg tak turut serta tu lepas ni harap2 boleh menyaksikan penyertaan anda untuk tambah memeriahkan suasana.

Jumpa lagi Cameron Highland!

p/s: Lebih banyak foto di http://picasaweb.google.com/syakir.zainol/AllBentongCameronHighlandTrip2008




wah really nice trip to cameron...mesti enjoy kan!...suka ler gambar pica yg last sekali tu..steady aje pica...pandai main mata ngan camera yea.. gambar yg syakir amik nie
memang cantik dan happening...warna hitam ngan merah memang kombinasi yg sesuai.

psstt....pica belikan auntie nur tea yea...tu yg pegang kat tangan
Fri 16-May-2008 08:02
Posted by:Nur  - [Link]
hahaha
meh aa join aku, aku pegi balik hari jek, janji rasa sejuk
Fri 16-May-2008 13:17
Posted by:wanoridz idzwan@tintacreative.com  - [Link]
oihh.. macam iklan keta baru la plak pic atas sekali tu..
amy bawak keta turbo dia ke? nak cepat smpi ke puncak sgt ke? hoho
Fri 16-May-2008 14:22
Posted by:amirhandal
View all 13 comments Add comment


Monday, 28-Apr-2008 01:17 Email | Share | | Bookmark
Nafisa @ Opis Ummi

Kerja2 hujung minggu...

Sabtu yg lalu kami temankan ummi kat opis. Ummi ada kerja nak siapkan kerana pagi Isnin nanti dia ada tender briefing yg dia kena sampaikan. Saya pun tolong2 lah kasi advise mana2 yg patut kerana kebetulan saya pun biasa buat kerja2 yg berkaitan dgn projek yg hendak ditenderkan itu.

Tapi Nafisa tak senang hati. Dia tak kasi umminya buat kerja, dia asyik nak kacau ummi dia aje. Semua dokumen atas meja nak dicapainya. Diletak atas kerusi pun dia masih nak panjat meja. Terpaksa lah saya layan dia bwk jalan2 ronda2 opis ummi tu. Itu pun tak lama dia lari2 cari ummi dia semula

Mari kita lihat beberapa aksi Nafisa di dalam bilik umminya









"Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri". (Riwayat al-Bukhari)


Sila lihat entry masakan lauk feveret saya di http://idida.fotopages.com

ehem ... aper gadget terbaru ko beli syakir?? hehe Sun 11-May-2008 08:03
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
salam motivasi juara
http://motivasimodalinsanjuara.wordpress.com/
Tue 13-May-2008 15:20
Posted by:zaiful  - [Link]
amik homework kat FP ida yer...hehehe...nanti buat kat rumah...hahahahah Thu 15-May-2008 03:44
Posted by:<idida aka ummu nafisa>  - [Link]
View all 65 comments Add comment


Monday, 21-Apr-2008 05:45 Email | Share | | Bookmark
Sehari Bersama Anak-Anak Yatim Sekendi

Adoi ngantuknya... bila nak start telematch ni ummi?...
Hnsss, time game belon kang siap la ko aku titik Taufek oiii...
Lantak korang la sapa suh sampai lambat, habis ni aku tatau..
View all 66 photos...


Seperti tahun2 yg sudah, kampeni saya Teliti Computers Sdn Bhd telah mengadakan aktiviti tahunan bermesra dgn anak2 yatim dari Rumah Anak2 Yatim Sekendi. Aktiviti ini diadakan pada hari Sabtu yg lalu. Pada tahun ni sambutannya agak berbeza yg mana kami tidak mengadakan sambutan tersebut di sana, tetapi menjemput mereka ke Bukit Cahaya Shah Alam. Acara ini dikelolakan oleh pihak Kelab Insan & Sosial Teliti (KSIT) yg bertanggungjawab menguruskan perjalanan aktiviti tersebut.

Ini kali kedua saya turut sama dlm aktiviti bersama anak2 yatim ni, seronok jugak sebenarnya. Tahun lepas merupakan kali pertama, dan saya bawak sekali isteri dan Nafisa. Kali ni pun saya bwk mereka sekali, maklumlah, plan nak bwk nafisa mandi pool cadang nya



Acara bermula lebih kurang pukul 11 pagi dengan ketibaan AJK KSIT dan staff2 yg terlibat. Gerombolan anak2 yatim tiba agak lewat berikutan masalah pengangkutan yg tak dpt dielakkan. Kami pun lepak2 dulu sambil bersarapan dan bergambar serba sedikit, tak sabar menunggu acara nak bermula.



Antara aktiviti2 yg dijalankan pada hari itu ialah telematch, lawatan ke Rumah 4 Musim, penyampaian hadiah, acara mandi di pool dan jamuan makan. Saya dapat lihat kesemua mereka gembira. Nafisa pun tumpang seronok main dgn kakak2 dan abang2

Kita jumpa lagi tahun hadapan!

Firman Allah:

Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)


seronoknyer bleh spent masa ngan anak2 yatim..sambil bersuka-ria bleh tambah pahala.....insyaAllah..
reply:..kalu ada masa jom ah pi australia..+ bleh taking pictures kan
Sun 27-Apr-2008 09:48
Posted by:falindah  - [Link]
Anak-anak hamparan kasih dan sayang. Merekalah tempat hati selalu tenteram. Sun 27-Apr-2008 15:46
Posted by:syaidul syaidul@yahoo.com.my  - [Link]
gamba last tu pica mcm sami buda je..heheheh..sgt comel.
rumah anak yatim sekendi eh..
situ kg sy...jln depan sket dr simpang 4 tu..ade masjid..blkg masjid tu kg saye tpt sy membesar kecik2 dulu..
peace!
Wed 30-Apr-2008 08:19
Posted by:zilzal  - [Link]
View all 19 comments Add comment


Sunday, 13-Apr-2008 04:46 Email | Share | | Bookmark
Off-camera Lighting

Sediakan payung sebelum hujan...

Teringin nak main off-camera lighting, maka saya pun "terbeli" beberapa gejet seperti wireless flash trigger (cap ayam), umbrella (cap ayam), flash stand (cap ayam) dan umbrella/flash holder (cap ayam). Ok jugak lah cap ayam ni, murah dan boleh dipakai oleh amatur mam saya ni. Maklumlah, sesuailah dgn status saya ni sebagai seorang "photographer on a budget"



Yg paling critical utk setup sebegini ialah wireless flash trigger tu. Menggunakan radio frequency utk trigger flash secara remote tanpa perlu meng-attach nya ke camera hot-shoe. Tujuannya utk mendapatkan pencahayaan dari berbagai arah. Kelemahannya, saya kehilangan TTL dan terpaksa menggunakan manual setting dgn trial and error utk mendapatkan exposure yg diperlukan. Flash trigger cap ayam ini jugak kurang reliable berbanding pro brand mcm Pocket Wizard. Antara masalah2 yg saya hadapi ialah seperti premature triggering dan masalah flash tak trigger ketika exposure.



Aksesori lain seperti umbrella diperlukan utk menghasilkan soft lighting ala2 studio. Berbanding dgn direct lighting, umbrella akan meng-diffusekan cahaya flash secara memantulkan nya dari permukaan silver berkilat pada umbrella tersebut dengan permukaan yg lebih luas utk menghasilkan lighting yg lebih soft dan flattering. Dan untuk memegang umbrella ini kita memerlukan aksesori lain sperti flash stand dan umbrella holder.



Indoor shots

Mari kita saksikan sedikit aksi ketika Nafisa membuat inspection kepada peralatan baru saya ini. Maklumlah, nak kena dpt kelulusan dulu daripada dia!


aku kena cek dulu stand ni, ntah kuat ke tidak la ni agak nya...


hmm... nampak mcm loose je skru niii... ada skrudreba?


kira boleh la ni abi... setakat nak guna dlm rumah leh la ni, jgn bwk kuar yeee!


ni tolak ke tepi sket kang tak muat pulak aku nak posing2 niii...


dah nak start ke? jap ler abi, pica tak lap pipi lagi niii...


ermmm... comel tak sayaaaa?!!!


ni gambar kawan2 pica; En. Jamal & Cik Siti...



Outdoor shots

Gambar2 ni saya shoot petang semalam sekitar pukul 6 dekat taman permainan kat area umah kami.
















at least bro ada gak cap ayam.....
saya ni cap semut pun blum tentu lagi...
Sun 20-Apr-2008 07:28
Posted by:ziyyad  - [Link]
wah wah wah.. untung laaa dpt ayah yg creative macam nihs... buleh amek gamba2 cantik dgn gadget yg kewl Mon 21-Apr-2008 04:44
Posted by:fiziskandarz  - [Link]
>>>cap ayam pon xpe bro, skill tu yg penting Mon 21-Apr-2008 07:41
Posted by:z  - [Link]
View all 49 comments Add comment


Monday, 7-Apr-2008 15:10 Email | Share | | Bookmark
TIGA PULUH

Masa

30; nombor yg agak menakutkan saya pada mulanya. Hari ini, alhamdulillah dipanjangkan umur genap saya berusia 30 tahun. Dah takde dah angka 2 kat depan tu (sedih nya). Terasa diri ni macam tua sangat dah rasanya...

Kata Imam Hasan Al Bashri. "Dunia ini hanylah 3 hari. Hari kemarin yang sudah berlalu, dan kita tidak mampu lagi untuk merubahnya. Hari esok, adalah misteri yang kita tidak tahu apakah kita akan masih memiliki kesempatan didalamnya. Dan hari ini, kesempatan untuk kita melakukan amal soleh. Maka,beramallah sebanyak-banyaknya."

Dikenang2kan, rasa macam baru semalam lagi di bangku sekolah. Macam baru semalam lagi duduk celah ketiak mak ayah. Teringat juga semasa zaman bujang, seronok masa umur 20-an dulu. Yelah, masa ni zaman belajar, zaman bujang. Memang seronot. Mula berkerjaya masa ni lah. Kahwin pun masa 20-an jugak. Dapat cahayamata pertama pun 20-an jugak. Peringkat umur ni, memang banyak pengalaman hidup yang bercampur baur. Ada yg seronok, dan bila ada yg seronok mesti ada yg tidak. Itu sudah lumrah dunia.

Dah masuk ke usia 30-an ni, mesti berbeza cabarannya. Tanggungjawab pun berubah. Cara hidup mesti berubah, walaupun tidak secara total tapi mesti ada perbezaannya. Saya ingin memetik sepotong hadith Rasulullah SAW yg berbunyi;

Sabda Rasulullah S.A.W: "Hari ini mesti lebih baik daripada semalam, dan esok mesti lebih baik daripada hari ini. Barang siapa yang hari ini sama seperti semalam, dia termasuk golongan orang-orang yang rugi, dan barang siapa yang hari ini lebih buruk daripada semalam, maka dia termasuk orang-orang yang celaka."

Tidak dinafikan, bila dikenang2 dan diingati semula, adakah usia saya yg lepas telah digunakan dengan baik? Adakah saya banyak mensia2kan masa yg telah berlalu dengan perkara2 yg sia2? Rasanya macam ada... banyak agaknya, hmmm. Masya Allah, memang fitrah manusia tidak akan terasa rugi selagi ia belum mengalami kehilangan. Firman Allah SWT;

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan Amal Salih. Dan mereka pula bermuafakat bersama-sama dalam saling memberi pengajaran tentang Kebenaran dan Kesabaran" - Al-Asr

Saidina Ali RA pernah berkata:

“Rezeki yang tidak diperoleh hari ini masih dapat diharapkan perolehannya lebih banyak di hari esok, tetapi waktu yang berlalu hari ini, tidak mungkin kembali esok.”

Betapa tidak ternilainya masa.

Teringat pulak satu iklan Astro kata En Mohan, "I've got time!". Iye ke? Selama mana, sampai bila? Pastikah esok kita masih bernyawa lagi? Dua nikmat yg sering kita persiakan; kesempatan dan kesihatan. Harap2 selepas ini saya takkan terus lalai dan leka lagi, insyaAllah.

Banyak betul yg kena post mortem hari ni...

Hadiah Besday



Terima kasih kepada isteri saya, hadiah besday tahun ni special ye. Ni yang buat abang bertambah sayang ni (tak bagi apa2 pun sayang jugak...) Boleh buat bergambar kat Cameron hujung bulan ni.

Seperti biasa lah, mangsa ujian saya mesti lah si comel Sayyidah Nafisa ni. Cik adik ni baru dapat kaki. Kerjanya siang malam asyik berjalan aje. Kulu kilir mengikut ummi dan abi nya dalam rumah. Kalau berjalan kat luar tu, taknak dipegang. Nak jalan sendiri. Bagus lah yer, cepat2 belajar beli-kari. Nanti dah besar boleh jadi manusia yg berguna.









Pesanan saya yg terakhir untuk entry kali ini untuk diri saya dan semua pembaca, dipetik dari lirik lagu Demi Masa oleh Raihan;

Ingat lima perkara sebelum lima perkara, Muda sebelum tua, Kaya sebelum miskin, Lapang sebelum sempit, Sehat sebelum sakit, Hidup sebelum mati...



dan selamat hari lahir juga diucapkan. semoga panjang umur murah rezeki dan diberkatiNYA selalu. Amin. Tue 15-Apr-2008 15:38
Posted by:k.i.  - [Link]
sorry bro. color too bright. need to tone down a lot. not natural. sorry. would love to praise, but that will just do more harm than good. Thu 17-Apr-2008 13:05
Posted by:husin
quote: sorry bro. color too bright. need to tone down a lot. not natural. sorry. would love to praise, but that will just do more harm than good.

exactly bro... saya guna alien skin filter to simulate kodak film (tak ingat which one) thats why the tone semua tak natural... thanks for the feedback!
Fri 18-Apr-2008 00:51
Posted by:syakir zainol syakir.zainol@gmail.com  - [Link]
View all 30 comments Add comment


Tuesday, 25-Mar-2008 00:01 Email | Share | | Bookmark
Rahmat Ujian



Rahmat Ujian
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu



Minggu yang lalu merupakan satu tempoh yg sangat mencabar emosi dan rohani saya dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Ditakdirkan Allah saya diuji dgn perkara2 yang banyak menguji iman saya. Perkara2 yg tidak disangka boleh hadir semula dalam hidup saya, datang menguji. Syukur, berkat sokongan isteri yang sentiasa memahami (walaupun dalam keadaan sesukar mana) saya berjaya mengharunginya dengan tabah, walaupun sangat susah untuk saya terima pada permulaannya.

Nasyid di atas banyak mengingatkan saya dengan rahmat setiap ujian yg datang dari Allah itu adalah segala2nya untuk menguji keimanan kita. Saya bersyukur kerana dengan ini bermakna Allah masih menyayangi diri saya kerana berbanding dengan orang2 yang dibiarkan Nya dalam keadaan lalai dan leka.






"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya." Ar Ruum : 21

Saya sentiasa bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang setia dan memahami diri saya di masa susah dan senang. Tanpa dia siapa lah saya.



Dan harta saya yang paling berharga, siapa lagi kalau bukan anak dara kesayangan Sayyidah Nafisa. Semoga Allah bakal menjadikan dia sebaik2 muslimah suatu hari nanti.



“ Dan orang orang yang berkata: " wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. Surah al-Furqan : 74

Gambar2 di atas saya ambil ketika bersama keluarga di menara tinjau, Putrajaya Wetland pada hari Ahad yg lalu. Lebih banyak gambar di entry isteri saya http://idida.fotopages.com

Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....
Tak ramai suami yang membuat pengakuan terbuka menghargai pengorbanan seorang isteri.....Syabas saya ucapkan.
Fri 4-Apr-2008 09:35
Posted by:yatie  - [Link]
salam...nice pic...thanx for visiting my fp...btw, kalo x keberatan, blh x tlg ajarkn mcmana nk dpt efek utk gmbar last tu?...mohon berguru...hehe Fri 4-Apr-2008 11:54
Posted by:harne2 harne2@yahoo.com  - [Link]
happy birthday abie pica..
semoga dipnjgkan umur.. murah rezeki.. bahagia berkekalan.. diberkati dunia n akhirat.. insya-Allah..
Mon 7-Apr-2008 11:21
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
View all 39 comments Add comment


Monday, 17-Mar-2008 02:24 Email | Share | | Bookmark
Nafisa at the Curve

Jalan-jalan hujung minggu...



Ummi Nafisa nak pegi servis pam Medela Swing nya kat the Curve. Nafisa pun nak ikut sama, jadi kami pegi la satu family. Lagi pun Nafisa tak pernah pegi the Curve lagi.

Ada beberapa event ari tu. Ada Sony PSP Roadshow. Nasib baik bwk kemera. Tangkap gambar character2 dari game mcm Darth Vader, Naruto pun ada

Ada fair utk children pun time tu. Seronot Nafisa main dam ular, main dgn clown ha ha ha. Dapat belon, suka sangat sampai tanak lepas! Nak tgk gambar2 Nafisa sila lah ke http://idida.fotopages.com




owh itu hari kat the curve ade colby kan??? huhu..

nice gamba ~
Tue 18-Mar-2008 16:52
Posted by:pupu  - [Link]
Auntie kerja kat Curve lerr..ur wife tu still bf ker..dia ade join susuibu tak? Thu 20-Mar-2008 15:33
Posted by:Nero@Echa neroecha@gmail.com  - [Link]
ala..comeynyer..
Suka kek, cupcake, muffins, cheesecake, cookies etc tak?? nak tempah?? All the way from Terengganu tau..Perfect for wedding doorgift, aqiqah, open house, birthday party etc..just click here okay : http://cybercake.fotopages.com
Wed 30-Apr-2008 01:56
Posted by:mia miacakehouse@yahoo.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Tuesday, 4-Mar-2008 05:47 Email | Share | | Bookmark
Fotopages baru - Tintacreativekl

Sila lah melawat ke fp baru saya yg baru dilancarkan.

TINTACREATIVEKL at http://tintacreativekl.fotopages.com


wah..bravo..makin berkembang tintacreative ye..syabas anak melayu! Tue 4-Mar-2008 07:59
Posted by:mama iqa  - [Link]
bisnes makin maju ke ni?!....... tahniah2.. Thu 13-Mar-2008 11:49
Posted by:{ibnwanza}  - [Link]
oooo ko la branch tintacreativekl aaa.... hehhee Wed 26-Mar-2008 03:30
Posted by:gezzeg | piratephotographer mr.ghazali@gmail.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 22-Jan-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Nafisa ala2 Dave Hill

Special edition

Dah lama nak cuba teknik ala2 Dave Hill ni (www.davehillphoto.com) tapi tak pandai/ tak de extra flash. Kali ni pinjam flash opis wife utk try. Mangsa seperti biasa ialah cik Nafisa kita ni yg baru sahaja sudah mamam kat buai luar rumah

Susah la nak buat. Lighting kena betul2 kena/banyak, ni pakai 2 bijik flash je susah nak simulate.
















uishh mesti bz giler ni..lame tak hapdate Fri 15-Feb-2008 02:14
Posted by:maya amir  - [Link]
ala la la cOmeiiinyerr baby nih...
nih pon dah kira lawa dah editing nih....takpee blajar pelan2,lama2 sure jd pro
Tue 19-Feb-2008 11:04
Posted by:yaR-t  - [Link]
hai,,
comeynyer model kecik nih,,
singgah sini jap yek,,
menerima tempahan baby muffin,,
klu de mase terluang jenguk² arr sini yek,,

http://azianzaaldin.fotopages.com/
Wed 20-Feb-2008 09:13
Posted by:noris noriswani84@gmail.com
View all 41 comments Add comment


Monday, 21-Jan-2008 04:09 Email | Share | | Bookmark
Chinese Wedding - Joanne & Nan

 
 
 
View all 18 photos...
First experience...




Hari Sabtu saya berpeluang join Pixelart (www.mypixelarts.com) utk menembak chinese wedding... peluang yg jarang dapat. Event ni berlangsung kat dua tempat, rumah groom kat KInrara (dekat je dgn rumah saya 2 minit je), dan di Hotel Melia, Jln Imbi. Ini bukan lah full wedding, dah kawing dah katanya sebulan lepas kalau tak silap. Ni lebih kepada, kalau kawin org Melayu macam menyambut menantu lah, jadi takde lah can nak shoot akad nikah Chinese




So part saya aritu lebih kepada picking out candid shots from afar dgn 70-200mm dan 50mm saya while official photogs pada hari itu layan amik formal & posed shots. Kelam kabut sikit pasal tak biasa dgn adat mereka ni, so susah nak anticipate moment. Antara acara2 yg ada hari tu seperti pengantin kasi minum teh kpd tetamu2 mcm mak ayah, pakcik makcik dll. Ada acara budak kecik pecahkan tong merah ada buah limau, loncat2 atas katil pengantin

Nak tgk lebih banyak boleh la ke http://picasaweb.google.com/syakir.zainol

Next time nak cuba Indian wedding pulak

pengantin laki cm hero citer hong kong.. Tue 22-Jan-2008 09:10
Posted by:naneecomey  - [Link]
pengalaman berharga tuh.. Thu 24-Jan-2008 03:59
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
cntik gak ni.. ,mna tau pasni kna shoot kt kahwin bangsa² lain plk..
http://syahrulenses.fotopages.com
Thu 24-Jan-2008 05:41
Posted by:shahrul
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.