Alhamdulillah, tepat jam 9.03 pagi tanggal 1 Jan 2009, Ummu Pica selamat melahirkan adik Pica (boy pulak kali ni). Saya namakan beliau Uwais Qarni bin Syakir. Nama ni dah ready masa Pica lahir lagi, adik2nya yg akan datang pun insya Allah semua dah bernama. Berat nya 2.970 kg, cukup 38 minggu. Pica dulu 3.345 kg pada 39 minggu.
Air muka Uwais saling tak tumpah mcm Pica. Bezanya tak setembam kak long nya, tapi jari2 kaki & tangan lebih runcing hehe. Kalau rajin cari entry awal FP ni ada gambar Pica selepas dilahirkan dan boleh compare.
Berikut gambar2 snap Uwais hari pertama.
Firman Allah,
“Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (al-Furqan: 74).
Tah biler Anan nak ada anak sendiri...menempel kat anak orang lain jer...
Tahniah untuk Siakyr dan isteri dan Pica di atas ketibaan ahlil keluarga yang baru...
p/s : boleh la beli MPV lepas ni..tak cukup 2 stroller dlm kete skang ni