Syakir Zainol a.k.a Abu Nafisa - - Fotopages.com
Nafisa Outdoor - Re-edited
Saya takde gambar baru. Belek2 gambar2 Nafisa yg minggu sudah, terasa macam nak edit lain , nak cuba efek lain pulak. Main2, ni lah hasil 2 keping. Berlainan konsep kedua2nya.
surah An-Nur ayat 31,
TintacreativeKL @ Putrajaya
Ahli kultus TintacreativeKL semasa outing di Putrajaya Wetland sabtu lalu...
Dalam outing kami seperti biasa tidak melibatkan penggunaan model2 wanita demi menjauhi perkara2 yg tidak diingini dan dikhuatiri melanggar batas2 syariat    LOL
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sepetang Bersama Nafisa
Hari ini balik dari kerja sementara menantikan Ummu Nafisa memasak makan malam, saya bawak nafisa ambil angin kat luar rumah (sambil2 ambil gambar dia lagi)...
tengok mata saya...
tgk bulu mata saya...
tgk jelingan saya...
tgk pose saya...
tgk aksi saya...
tgk kasut saya...
Nafisa @ the Playground
Weekend ni kami tak kemana-mana. Sekadar menghabiskan masa bersama di rumah dan bersiar2 kat kawasan taman aje. Dua hari2 berturut2 saya bawak Nafisa ke playground. Dia ketagih pulak main gelongsor :)
My Padawan
Pandai betul dia mengajuk gaya saya pegang kemera. Tak payah nak pose kan.
TintaCreative @ Wedding Fair, Kuantan Parade
Berikut adalah sedikit foto utk tatapan anda.
Wedding & Solemnization: Muzafar & Muslikha
Warm & lovely couple, highly photogenic :D ! Love shooting them!
More photos at:
http://tintacreative.com/weddinggallery/MuzafarMuslikha/
Makan Sate Kajang
2 minggu cuti sekolah ni saya agak sibuk. Setiap weekend ada assignment. Ramai yang kahwin & bertunang. Ada assignment di luar KL pun juga. Takde masa nak update fotopages ni.
Baru-baru ini Ummu Nafisa teringin nak makan sate kajang (baby dlm perut yg teringin agaknya). So kami sekeluarga ke restoran Haji Samuri di Kajang, port biasa untuk kami makan sate.
Dari rumah lagi Nafisa sudah excited nak berjalan. Dalam kereta pun asyik terloncat-loncat. Alih-alih bila sampai je dia tertidur. Sampai la kami dah habis makan tiba-tiba saja dia terjaga  LOL
Tengok lah aksi dia dan umminya. Tugasan saya seperti biasa, jurugambar rasmi keluarga  8-)
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.”
Coming Soon In January 2009
This was the news I received last week... :D
I quickly told Nafisa and these were her reactions after that...  LOL
Will it be "Ibnu Syakir" this time? Insya Allah  :-)
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
( Al-Baqarah: 30)
All-Bentong Cameron Highland Trip 2008
Pada 9-11 May yang lepas, buat pertama kali nya saya dan sekutu2 rapat zaman sekolah telah berjaya mengadakan trip berkumpulan bersama keluarga ke Cameron Highland. Trip kali ini disertai oleh seramai 4 keluarga, walaupun perancangan asal saya peruntukkan untuk sekurang2nya 7 keluarga tetapi akibat sebab2 tertentu ada kawan2 yg lain tidak dapat turut serta kerana masing2 ada urusan tertentu.
Trip ini saya khususkan untuk sekutu2 saya yang berasal dari Bentong, Pahang. Masing2 telah berkeluarga dan memiliki anak, yang mana tambah memeriahkan lagi perjalanan dan aktiviti kami.
Yang turut serta pada trip kali ini ialah saya sendiri, Khairul Azmi & keluarga, Muhd Idzwan & keluarga (http://www.tintacreative.com), dan Mohd Nazif & keluarga. Diharapkan pada trip2 yg bakal dirancang akan menyaksikan penyertaan lebih ramai dari kawan2 (jangan lupa kawan!).
p/s: saya ingin kreditkan beberapa keping foto di sini kepada Idzwan & Uda! (kalau tak tade sapa nak ambil gambar aku :( )
Penginapan
Penginapan kali ini ditaja oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Oleh kerana isteri saya kakitangan DBKL maka beliau layak memohon untuk menyewa banglo penginapan DBKL di Tanah Rata, Cameron Highland dengan hanya bayaran rm40 untuk 3 hari dan 2 malam. Banglo ini memang besar dan selesa. Memiliki 8 bilik, telah diubahsuai dan lengkap dengan segala macam kemudahan.  Ada 2 bilik VIP, 2 bilik dengan 1 queen size bed + 1 single bed, 2 bilik dengan 2 single bed, dan 1 bilik dengan 1 single bed. Lengkap dengan astro, kelengkapan dapur untuk memasak, peti ais, oven, microwave oven, 2 meja makan besar, set sofa dan bermacam2 lagi. Hanya yang tiada ialah mesin basuh. Tambah menyeronokkan ialah kemudahan2 riadah seperti taman permainan kanak2 dan medan BBQ! Memang diluar jangkaan saya kerana pada mulanya saya menjangkakan ianya hanya sebuah banglo yang usang dan berhantu.
Perjalanan
Ini ialah kali pertama saya ke Cameron Highland sejak kali terakhir saya ke sana iaitu selepas habis menduduki PMR pada tahun 1993! Kali ini, saya telah mencuba jalan baru dari Simpang Pulai. Cantik jalan nya, agak lebar dan kurang berliku berbanding dengan jalan dari Tapah.
foto by Uda
Kepada mereka yang “kalah” dengan jalan ular kena palu saya cadangkan supaya mencuba jalan ini. Sewaktu balik, baru saya melalui jalan ke Tapah, kerana walaupun jalannya agak sempit dan berliku tetapi pemandangan semulajadi di situ lebih menarik.
Hari Pertama (Jumaat)
Kami tiba di Berinchang lebih kurang jam 2 petang. Keluar sahaja dari kereta sudah mula terasa kedinginan Cameron Highland (walaupun harus saya akui ianya tidak lagi sedingin dulu). Yang pertama tiba ialah saya dan Idzwan, kawan2 lain lewat sedikit. Kami berhenti makan dan terus check-in di banglo. Kami berehat terlebih dahulu sambil melayan kerenah anak2 bermain di playground.
Petang sedikit kami ronda2 pekan tanah rata, dan kemudiannya ke pasar malam di Berinchang. Ketika di pasar malam, Nazif dan family sampai. Lebih kurang waktu maghrib, Khairul Azmi dan family pula tiba mencukupkan “korum” kami. Sekali lagi kami ke Berinchang untuk makan malam dan membeli belah.
Hari Kedua (Sabtu)
Untuk trip kali ini, saya serahkan kerja2 merancang aktiviti kepada Khairul Azmi kerana beliau agak mahir di Cameron Highland. Jadi, pagi Sabtu kami ke ladang the Boh di Habu. Perjalanan ke sini memang menarik kerana kami berpeluang melihat banyak kebun sayur sepanjang pendakian kereta ke ladang the tersebut. Teringin sangat nak melihat pokok teh depan mata!
foto by Idzwan
Di ladang ini, ada sebuah kilang yg boleh dilawati, sebuah cafeteria dan pusat jualan the Boh. Matlamat utama kami ialah mendaki ladang itu hingga ke puncak kerana khabarnya di puncak pemandangannya sangat menarik. Memang pancit memenatkan tapi puas hati rasanya bila tiba di puncak.
Lama juga kami lepak2 di atas tu sambil berehat2 menikmati udara segar dan bergambar sakan. Idzwan dan isteri pula sibuk menguji kemera baru Nikon D300 nya (nantikan ulasan saya mengenai Nikon D300 & Canon 40D di http://syakirzainol.blogspot.com).
Dah turun memang semua orang rasa dahaga (nasib baik lah cuacanya sejuk kalu tak tentu dah berpeluh2) lalu kami minum2 di café. Dapat jugak merasa the yang tidak dijual di pasaran tempatan tapi hanya dieksport ke luar negara. Sedap!
Setengah hari kami di Ladang The Boh, kami kembali ke banglo untuk berehat dan makan tengahari. Oleh kerana di banglo ada medan BBQ, kami tak melepaskan kesempatan untuk merancang acara BBQ. Tambahan pula saudara Khairul Azmi memang pakar kami dalam acara sate & BBQ kerana bapa nya memang terkenal di Bentong dengan perniagaan sate nya (untuk tempahan sila hubungi Khairul Azmi di 016-3962007).
Waktu tengahari Azmi dan Nazif ke pasar untuk membeli bahan2 mentah. Kami makan tengahari di banglo, masak sendiri! Memang meriah, rugi pada kawan2 yang tak pergi!
Petang nya pula kami ke taman agro di Berinchang. Di situ kami berpeluang menyaksikan kaedah terbaru dlm penanaman sayuran2 menggunakan kaedah hidroponik. Kami juga berpeluang merasa makanan2 bertemakan strawberri. Sedap.
Waktu malam, BBQ time! Memang sedap resepi BBQ Azmi, rugi tak rasa. Seronok melayan bakar ayam malam2 yg dingin ni.
Hari Ketiga (Ahad)
Hari terakhir kami di sini, kemeriahan sudah tiba ke penghujungnya. Namun begitu sebelum kami balik kami ke Berinchang untuk shopping. Di sini barang2an seperti sayur2an, madu, buah2an memang murah. Ramai sungguh orang di sini sehinggakan kami terpaksa parking di lereng2 bukit tepi jalan raya.
Shopping sakan kami di sini. Sayur2an memang murah. Banyak juga kami borong. Saya tak lupa beli madu di sini. Sedap rasanya Royal Honey, wangi baunya. Saya perhatikan harga di sini lebih murah berbanding tempat2 lain. Mungkin pasal tu ramai orang agak nya.
Penutup
Akhirnya trip kami di sini berakhir juga. Sedih rasa nya, saya suka iklim di Cameron ni. Cuaca dingin menjadikan saya lebih produktif :D . Tak mengapa, tahun depan kami datang lagi ya!
Perancangan kami selepas ni ialah All-Bentong trip ke destinasi2 seperti Langkawi & Penang. Nantikan, pada kawan2 yg tak turut serta tu lepas ni harap2 boleh menyaksikan penyertaan anda untuk tambah memeriahkan suasana.
Jumpa lagi Cameron Highland!
p/s: Lebih banyak foto di http://picasaweb.google.com/syakir.zainol/AllBentongCameronHighlandTrip2008